Tuesday, 19 December 2017

NUTRISI YANG PENTING UNTUK SEISI KELUARGA

Adakah anda rasa anda kurang Vitamin dalam badan? anda rasa kurang bermaya, cepat letih atau pun mudah stress hanya sebab benda kecil? saya cadangkan anda mengambil nutrisi yang penting untuk seisi keluarga iaitu Meal shake. Dengan rasa yang enak, Meal Shake yang lebih sinonim untuk kanak kanak, sebenarnya boleh diambil oleh seisi keluarga. Lebih lebih lagi warga emas yang sudah hilang selera makan dan perlukan lebih banyak nutrisi dalam badan mereka.

mealshake, nutrisi untuk kanak kanak, nutrisi untuk seisi keluarga
Meal Shakes ini, kaya dengan 19 vitamin utama iaitu protein, serat dan mineral serta kalsium yang penting untuk khasiat untuk keperluan badan setiap hari. Meal Shakes memberikan tenaga dan dapat membantu menguatkan sistem imun kanak kanak sekaligus melindungi mereka dari mudah dijangkiti atau menghidap penyakit. Sekiranya mereka jatuh sakit, mereka akan mudah sembuh dan pulih seperti biasa.

Kenapa kebanyakan pengedar akan mencadangkan Meal Shake ini kepada anda sekiranya mendapati anda atau anak anda menghadapi masalah kurang berselera makan atau agak memilih makanan? ini adalah kerana kandungan asid folik, biotin, Kalsium dan Magnesium di dalamnya dapat menambah selera makan serta membantu membina tulang dan sel sel dalam proses tumbesaran kanak kanak.

selain itu, jika anda mempunyai masalah kulit yang alergik, berjerawat atau mudah kena ruam, kandungan Vitamin A, C, E, Zink dan selenium akan membantu anda mengatasi masalah tersebut. Malahan, Vitamin B kompleks, zat besi dan kumprum juga membantu membentuk sel sel darah merah yang sihat sekaligus membantu menyelesaikan masalah kulit kusam atau kering.

Meal Shake juga kaya dengan serat yang membantu melawaskan masalah pembuangan air besar, serta menyingkirkan lemak dan toksin yang berlebihan dalam kolon dan perut. sebab itu ia sangat dicadangkan kepada anak anak atau orang dewasa yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

bagi warga emas yang mempunyai masalah atau kesukaran menelan pil atau kapsul, mealshake adalah pengganti vitamin yang sesuai untuk mereka. hanya perlu bancuh samada diminum secara panas atau sejuk, ia sangat dinikmati oleh sesiapa saja.

jika anda ingin mendapatkan produk ini, boleh membuat belian secara terus dengan klik ikon dibawah ini. Anda boleh membuat pembelian melalui kad debit atau kad kredit.



atau, anda juga boleh membuat pembelian secara transfer / bank in kepada saya terus dengan menghubungi saya :-

SITI NUR SHAKIRAH SALEH

sekiranya ingin mendapatkan produk ini secara cash on delivery, saya merupakan pengedar shaklee di Kota Tinggi, Johor.

Insya Allah, saya akan membantu anda mendapatkan suplemen yang terbaik, berkesan dan mesra alam ini mengikut keperluan anda seharian :)





sekiranya, anda berminat untuk menjadi sebahagian dari group saya, anda juga boleh hubungi saya di talian yang diberikan .




Tuesday, 12 December 2017

BAGAIMANA MEMILIH SUPLEMEN YANG BAIK

BAGAIMANA MEMILIH PRODUK SUPLEMEN YANG BERMUTU TINGGI

📚 siapa syarikat pengilang produk supplemen tersebut. 

📚 adakah pengeluar supplemen mematuhi prosedur FDA bagi perkilangan yang baik. 

📚 adakah produk nutrisi ini menjalani ujian kualiti ke atas bahan bahan yang digunakan

📚 adakah produk nutrisi ini mempunyai makmal bebas yang mengesahkan kualiti mereka dengan keputusan yang disediakan kepada orang ramai

📚 adakah produk suplemen yang anda gunakan diperbuat dari bahan semulajadi atau sintetik? 

📚adakah produk suplemen anda mempunyai tarikh luput dicap pada botol / bungkusan

📚 adakah produk suplemen ini lulus 'ujian air'( ujian untuk penyerapan produk nutrisi) 

📚 adakah pengeluar produk pemakanan anda mempunyai lembaga penasihat sainstifik yang sah? 

📚 berapa banyak saintis sepenuh masa yang bekerja dengan syarikat pengeluar suplemen tersebut? 

📚adakah pengeluar suplemen mempunyai bajet penyelidikan bagi produk suplemen mereka

📚 adakah pengeluar suplemen mempunyai pusat penyelidikan yang sah?

Monday, 13 November 2017

RESEPI AYAM GORENG MASAK BUTTERMILK

Boring lak asyik menu sama..  Eh,  bukan kak nurie tak bersyukur tau.maksudnya kalau tanya anak anak ayam nak masak apa,  mesti diaorang soh goreng je ayam tu.  Last last makan dengan kicap.. Huh!

jadi hari ni, kita masak lain sikit. Ayam goreng Buttermilk. ni kak nurie kasi resepi ringkas kak nurie gunakan apa yang ada di dapur.he he he



Bahan bahan :-
* dada ayam dihiris kecik kecik - ikut lah nak banyak mana.
* garam secukup rasa
* 1 biji telur - ambil putihnya saja
* sedikit serbuk lada - kak nurie tak guna sebab masa goreng ayam nanti kak nurie gunakan tepung crispy bestari--podassss

kesemua bahan ni dicampur bersama dan perap dalam 5- 10 minit. nanti goreng lah . letak tepung gandum sikit atau macam kak nurie, kak nurie gunakan tepung  goreng segera.

bahan kuah buttermilk :-
* setengah cawan susu cair atau ikut banyak mana ayam yang kita nak goreng tu
* sedikit daun kari
* sedikit lada cili dalam 4 5 batang. kalau suka pedas, boleh tambahlah
* sebatang lada besar- warna merah lebih cun!!
* sedikit garam dan gula

panaskan kesemua bahan bahan ni sehingga kuah pekat. lepas tu , curah je atas ayam yang dah digoreng tu..siap!!!

makan time panas panas lagi sodapppp...

Thursday, 28 September 2017

TESTIMONI : PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT PULIH

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 26 : WANA MOHD TAHIR
.

[ANAK SEMBUH DARIPADA HFMD]
.

Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.
.

Kisah anak Saya bermula pada awal tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghantar anak Saya ke sekolah tadika. Baru je mula sekolah sekitar 2 minggu macam tu dia dah kena cuti.
.

Alkisahnya, tangan siku kaki dan tepi mulut anak Saya tumbuh biji-biji merah dan biji air gelembung. Saya sedar biji-biji ni tumbuh pun hari kedua selepas anak Saya mengadu dia tak boleh nak berjalan dan memakai selipar. Biji- biji ni tumbuh selepas dia demam.
.

Kita ni bila dah jadi Ibu dengar ke tengok anak tak sihat mulalah jiwa tu berkocak semacam kan. Bukan apa risau tengok keadaan anak. Ibu mana lah sanggup tengok anak kecil kesakitan macam tu kan. Saya kurang pasti dia dapat HFMD dari mana. 
.

Saya tunjuk pada kawan-kawan dan kakak. Masing-masing confuse sama ada anak Saya kena HFMD atau Chicken pox. Saya yang dengar ni mula lah gelabah. Petang tu lepas kerja, Saya terus bawa anak pergi Klinik.
.

Masa di klinik doktor pun tak pasti sama ada HFMD atau tak sebab dalam mulut anak takde tumbuh biji merah. Dapatlah ubat demam dan ubat sapu. Balik je rumah  Saya ambil herba blend dan mandikan anak Saya dengan basic H. Semua baju-baju anak pun Saya rendam dengan Basic H. 
.

Kebetulan Saya ada dapat beberapa stick Nutriferon, Saya pun bagi pada anak. Chewable vita C pun Saya bagi juga. Tapi anak lelaki Saya ni kurang gemar benda masam jadinya susah gak la nak paksa dia makan vitamin tu.
.

Kalau nak tahu, Saya memang selalu sapu herbal blend dan mandikan anak dengan basic H bila badan anak-anak dah start dedor nak demam.☺ Kiranya ni tindakan pantas Saya sebelum bawa dorang ke klinik. Okay, sambung kisah tadi.
.

Alhamdulillah, lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering. Lega sangat bila tengok keadaan anak beransur pulih dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
.

Moga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat untuk kawan-kawan, ibu-ibu dan ayah-ayah  yang membaca yer.

Akhir kata, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih Allah sebab temukan Saya dengan Shaklee.