Thursday, 1 June 2017

5 SEBAB KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN SAMPINGAN

Kenapa saya pilih shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan saya? Ada orang cakap yang jual produk kesihatan ini susah sebab kita juga perlu banyak maklumat berkenaan kesihatan dan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Ala, anggap jelah kita ambil kursus sains dan biologi tambahan selepasa tingkatan 5. He he he. Ia menjadi pilihan saya sebab, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi manfaat produk Shaklee kepada orang ramai supaya sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan sejak dari awal lagi. Tetapi, kenapa mesti Shaklee? padahal banyak lagi syarikat atau produk yang juga merupakan makanan tambahan yang kadangkala harganya lebih murah dari barangan Shaklee. Takpe, nanti saya terangkan lagi kenapa saya pilih Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan saya. Eh, mana tahu sebagai sumber pendapatan utama juga. Wallahualam.



Sekarang ni saya nak bongkarlah sebab sebabnya, ia pilihan utama saya dan apa yang saya nampak dari mentor saya sendiri iaitu kakak saya ( DAMIA PIT SHOP ), apa yang beliau sudah lalui dengan Shaklee selama 5 tahun penglibatannya ( dari tahun 2012). Saya memula tidaklah begitu meminati untuk join menjual produk kesihatan yang terlalu menjurus kepada kesihatan manusia yang lebih mendalam, saya suka membuat perniagaan yang lebih mudah seperti menjadi ejen menjual baju, menjual blouse, tudung dan sebagainya. Tak perlu nak memerah otak memikirkan produk mana yang perlu dan sesuai di rekmenkan kepada pelanggan, tak perlu nak membaca buku buku ilmiah dan apa jua yang berkaitan dengan nutrisi dan keperluan kesihatan manusia. Tetapi, bila ada sesuatu berlaku dan ia meninggalkan kesan dalam hidup saya sekeluarga, maka saya berkata pada diri saya "why not saya kongsi manfaat produk Shaklee ini kepada orang ramai?".